Monday, 26 November 2012

Maksud Tersirat Bunga Ros Dalam Warna Dan Jumlah

Bunga ros adalah bunga yang mempunyai banyak makna bagi setiap kuntuman nya,Warna bunga ros juga mempunyai maksud-maksud nya yang tersendiri.Bagi jejaka dan wanita diluar sana yang ingin mengetahui maksud bunga ros dari segi segi warna serta dari segi bilangan nya samada untuk memberi ataupun telah menerima kuntuman bunga ros dari keluarga,teman-teman ataupun yang org yg istimewa,di bawah saya senaraikan maksud-maksud nya...



MERAH : Melambangkan perasan cinta dan sayang selain membawa emosi yang mendalam samada perasan cinta,rindu mahupun keinginan.Ros merah juga boleh membawa maksud rasa hormat,kesal dan juga kesedihan.Tapi ros merah biasa nya digunakan untuk menunjukkan rasa cinta.

PUTIH : Warna putih membawa maksud suci,dara dan tidak bersalah.Sering dikaitkan dengan permulaan sesuatu permulaan yang baru.Biasa nya ros putih digunakan semasa majlis perkahwinan.Ros putih juga digunakan untuk menyampaikan rasa simpati atau keredhaan hati.

KUNING : Rasa riang,gembira dan penuh semangat digambarkan dengan warna kuning.Menjadi simbol persahabatan dan rasa mengambil berat.Tidak membawa apa-apa makna romantik.

PINK : Membawa maksud dengan makna yang lebih lembut seperti kagum,gembira dan terima kasih.

OREN : Satu-satunya warna yang menjadi saingan kepada ros merah dalam menyatakan perasaan romantis,dimana warna oren juga melambangkan keghairahan dan tenaga.Ia juga mengambarkan keinginan yang mendalam dan kebanggaan selain rasa kagum.

LAVENDER : Membawa erti penyihiran.Ia juga membawa maksud lahir nya rasa cinta pandang pertama.Ros lavender ini digunakan untuk menyampaikan kekaguman dan juga pemujaan.



MAKNA DALAM JUMLAH ROS MERAH

1 tangkai --> "aku cinta kamu" atau "hanya kau yang satu untukku"

2 tangkai --> "biarlah kita bersama"

3 tangkai --> "kamu dan aku dan cinta kita akan bersatu" atau "aku cinta padamu"

6 tangkai --> "aku separuh jalan mencintai kamu"

12 tangkai --> "jadi milikku"

24 tangkai --> "aku milikmu"

50 tangkai -- "cintaku padamu tiada hadnya"

No comments:

Post a Comment